Wednesday, 26 April 2017

 AMALAN LESTARI KITAR SEMULA






DEFINISI KITAR SEMULA

Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. 

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. 
  • Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
  • Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi)
  • Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.
BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA













BERITA TENTANG KITAR SEMULA






LAPORAN PROJEK ALAM SEKITAR

Nama Projek: Amalan Lestari Kitar Semula
 

Pengenalan Projek
 
Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah
pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan
seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari
hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan
sekolah. Antara aktiviti yang dianjurkan di bawah program ini adalah Program Kitar
Semula, Aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar
sekolah dan rumah warga sekolah
 

Matlamat Projek
 

Menjadikan warga SK. Panagatan Keningau  ini sedar dan bergiat aktif
dalam program amalan lestari dan lestari hidup.

 

Objektif Projek
 

I. Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program
mesra alam.

II. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan seperti program kitar semula.

III. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga
kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah

IV. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga
sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
 
Faedah Projek
 
I. Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara lebih
mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.


II. Aktiviti melibatkan pelajar-pelajar dalam amalan lestari hidup seperti cara-cara menjaga alam sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna.


III. Warga sekolah dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan di
tempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar
semula.


Pihak Pelaksana Program Amalan Lestari Kitar Semula

 
PIBG SK.Panagatan Keningau , Panitia Kemahiran Hidup, Panitia Kajian
Tempatan, Panitia Pendidikan Moral, PSS SKBBSP 2 dan AJK Sekolah Lestari.
 

Strategi Pelaksanaan
 
1. Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua
murid semasa gerak gempur pagi.


2. Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah
tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.


3. Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahan-bahan
kitar semula terbanyak dan berkesan.


4. Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada
hari penamat program ini.


Perancangan Seterusnya

 
Meneruskan program ini dengan memantau keberkesanannya dari masa ke
semasa dan menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengumpulkan bahan
kitar semula dengan cara memaklumkan setiap minggu semasa perhimpunan pagi.
Menambahkan lagi aktiviti dan program yang berkaitan kesedaran kitar
semula dan ia akan dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R ‘Rethink,
Reuse, Recycle.



BAHAN-BAHAN LAIN HASIL LESTARI ALAM SEKITAR




TIN MAKANAN 
  • Dapat menghasilkan bekas pensel
  • Memudahkan kerja-kerja selepas pembahagian barang.
















  • Tayar buangan boleh dijadikan hiasan rumah.
  •  Contohnya kaki meja.
















SEKIAN DAN TERIMA KASIH


  AMALAN LESTARI KITAR SEMULA DEFINISI KITAR SEMULA Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan p...